Tuesday, June 3, 2014

Tips melancong ke Bukit Tinggi, Indonesia

1. Keluar dari airport masa arrival kat Bukit Tinggi, jangan biarkan budak2 tarik bag ke teksi/mobil (diorang main rampas je beg n tarik)..diorang nak pau n servis diorang bukan free.
2. Kalau tak mau naik kereta sewa yang harganya Rp 350k,(biasanya Toyota Avanza) boleh ambik official teksi pada harga Rp 250k (biasanya kereta biasa). Tapi terus ke Bukittinggi la. Tak singgah memana.
3. Kalau nak shopping, shopping di Pasar Aur. Tanya kat hotel tempat menginap cemana nak pergi naik angkutan kota. Tambang Rp 2,500.
4. Kalau masuk Lubang Jepang, jangan ngada2 ambik tour guide. Kalau nak jugak, kompomka harga betul2 n puas ati ngan harga baru engage tour guide. Tour guide sini pau at least lebih dari Rp 50k.
5. Kalau pegi ke Danau Maninjau, jangan lupa suruh supir pegi kilang buat gula putih n gula ireng. Gula ireng tu buat masak mmg sedap (dah proven buat sambal nasi lemak). Sekilo Rp 10k. Gula ireng macam gula melaka, tapi dibuat dari tebu.
6. Danau Singkarak tak yah pegi...mcm tasik Kundang kat Rawang or Tasik Empangan Batu je. Not worth it pegi. Dah la jauh gile.
7. Jangan lupa beli beras nama dia "kurik kusik". Beras mahal n nak tanam dia lama, lebih 6 bulan baru bleh tuai. 
8. Nak balik g airport tak yah sewa mobil. Bleh ambik teksi atau  orang sana panggil "trafel". Rp 40k sorang.
9. Kalau sampai awal ke airpot Padang, naik tingkat 3 (paling atas) airport. Ada sofa malas n karpet. Nak tidur situ mmg selesa.
10. Kalau nak sewa kereta, cari kat sana je. Tanya reception hotel diorang bleh urus. Sehari bleh dapat Rp 500k. Bleh pegi Danau Maninjau, Pagar Ruyung, Harau. Harau recommended utk pegi bagi fotografer. Ada sawah padi, cliff dan waterfall. Jgn lupa bawak baju mandi. Air terjun dia sgt tempting.
11. Cari hotel yang dekat ngan Jam Gadang, ie Hotel Ambun Sari, Hotel Bunda or Hotel Indria. Kalau tak cuti sekolah di Indon, bleh je walk in.
12. Kalau nak cari supir, bleh try Pak Medi, bagus budaknya. tak berkira sangat. No tel : 0852 6318 6301


No phone dan masa bertolak ke airport (bleh gak suruh reception hotel bookingkan)


Lembah Harau.

1 comment:

  1. bila tuan/puan nak merancang melancong kat bukittinggi padang indon sila bagi tempahan ke contac kami..,kamj menyediakan perkhidmatan sewa kereta dan pakej percutian bukittinggi padang indonesia dengan harga jimat dan berbaloi
    Wassap. + 6285356000747
    Emel. sinaralamwisata1409@gmail.com
    Website. www.sinaralamwisata.com

    ReplyDelete