Tuesday, September 14, 2010

Tazkirah

Dear Aiesha...
ayat terima forwarded email yang ayah rasa worth it utk ayah paste kat sini...utk rujukan ecah nanti...

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.


BERATKAN?

Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..)

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya.

WANITA :

Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.


Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??

Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).


Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya
,
2. isterinya
,
3.anak perempuannya
, dan
4. saudara perempuannya.


Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya
.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja
:
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya
.


Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....


Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki
, tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. .supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..


"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali- Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Eid Fitri 1431

Dear Aiesha...
Dah raya dah...ayah baru masuk keja...raya ke empat baru masuk keja...
tahun ni kita raya di Tawau jek...1st time raya tak balik kg....
raya kat sini meriah jugak la...ramai je bebudak dtg nak raya...raya kedua tu, ayah buat marhaban dgn staf2 ayah...tak ramai pun, 3 org je staf ayah kat sini..pegi marhaban dengan family skali..yang sorang bujang so tak de la ramai sgt pun....pegi beraya umah pegawai2 kat sini n beberapa org kwn ayah la...tak larat nak beraya ke semua rumah yg ada kat kem nih..ramai sgt
Ecah suke sgt beraya...tak tahu suke kenapa...suke sbb ramai kawan kot...dan balik rumah pun sibuk merengek nak gi raye..nak gi raye...malam ada tambahan pulak ayat tuh..."ayah...nak gi raya and giant..." eehehehe...apala ecah ni..raye-raye pun nak gi Giant...

raya ketiga itu hari ayah n mama buat open house...ramai jugak la yang dtg...okey la...saje je seronok2..mama masak bihun sup tulang ngan laksa johor...mama memang pandai masak...

okey jugak ;a raya kat sini...cume memang la tak semeriah kat kg...mama dok sibuk kata boring la raya kat sini...memang la...kalau kat kg memalam pun ramai sedara mare lagi...raya kat sini memalam dah tak de org...dah sunyi...tak pe la..ayah saje nak merasa raya di perantauan...kalau jadi, lepas raya nih dah posting balik ke semenanjung, posting ke Gemas...kalau kat semenanjung time raya mesti balik...tak de alasan tak balik raya...

ayah post kan gambar ecah masa raye..byk lagi gambar raya...nanti ayah upload dlm flickr je la..

Friday, September 3, 2010

Dear Aiesha...
hari ni dah masuk hari ke 24 puasa dah...rasa kejap je berjalan...mama pun tak buat kuih lagi...semalam kita baru start pasang pelita...saja je ayah pasang nak bagi ecah seronok...
ecah pun dah pandai...bila ayah buat something je...sibuk tanya..."what are u doing ayah...?"pastu bila ayah jawab, ecah cakap..."oohhhh..."ehehehe...tapi tak lama pas tu tanya lagi...ehehehe...
kadang2 bila ecah tak jumpa mama n ayah...ecah jerit kuat2..."ayah/mama...where are u ayah/mama..?."
semalam ayah sakit perut...mungkin perut meragam n masuk angin...pegi jumpa doktor...ecah skrg ni takut nak jumpa doktor...tak tahu la kenapa...tapi bila tanya dah besar nak jadi apa, ecah kata nak jadi doktor...ayah selalu tanya..nanti kalau ayah dah tua...ayah sakit, ecah nak jaga ayah tak...?ecah kata tak nak...ecah kata tak nak ayah sakit...tapi kekadang ecah kata tak nak jaga ayah sebab ecah nak g school...ehehehe...
tak pe la..ayah selalu doa ecah bile besar nanti jadi doktor pakar yang dihormati dan terkenal satu hari nanti...aminn...nanti ecah bole jaga ayah bila ayah n mama sakit


Tuesday, August 24, 2010

Dear Aiesha...
hari ni dah masuk masuk hari ke 14 puasa dah...tahun ni ayah n mama niaga kat pasar ramadhan...saje je nak rasa kemeriahan bulan puasa...penat..mmg penant...balik dari bazar mandi,semayang terus g masjid sembahyang terawih...alhamdulillah...tahun ni ayah baru miss 3 hari sembahyang terawih sbb pegi kl itu hari..ecah nak ikut ayah g sembahyang...tapi nanti ecah buat bising..panjat sana sini,main lari-lari...ganggu org nak sembahyang nanti...
ayah dah cko ngan mama nak niaga smpi 20 hari puasa je...lagi sepuluh hari terakhir tu ayah tak nak penat2 sgt...rugi kalau bulan puasa ni abis utk kejar duit je...

ayah pastekan satu clip dari youtube ni..utk ecah tgk nanti...

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Al Mubarak 1421

Dear Aiesha...
hari ni hari pertama puasa untuk tahun 2010...hari pertama puasa di Tawau...puasa tahun ni ayah berazam nak pegi tarawih penuh 1 bulan...sebelum2 ni ayah tak de peluang (malas) nak bertarawih sbb masjid pun jauh...la ni masjid dekat sgt dari rumah...aiesha pun suke je ikut ayah g masjid sbb bleh main2...

bulan puasa ni jugak ayah try nak niaga kat pasar ramadhan...hari pertama puasa ni tak berniaga lagi...ayah n mama jual air n ikan bakar...ikan kat sini murah so boleh la nak jual ikan bakar...dalam ikan murah kat tawau ni pun, ayah tgk org jual mahal2...tak paham betul ayah...untung sikit2 dah la..ambil kesempatan betul..ayah nak jual murah je..seekor dalam RM5 ke RM 7 je..ikut saiz la...mama buat resepi....mama pandai masak, so bole la dia dpt duit raya nanti...

hmmm...nanti ayah update lagi...babai...

Sunday, August 1, 2010

Dear Aiesha...
ayah uploadkan gambar2 ecah yang baru

ni gambar2 yang ecah dah colour kat art class ecah...ayah n mama tampal kat dinding...

ecah tgh try baju raya yang Cik Atun belikan

Thursday, July 8, 2010

Aiesha's art class

Dear aiesha...
kat tawau nih ayah tak jumpa pun kinddie yang mcm Smart Reader, Q-Dees..dah lama ayah cari sbb nak hantar ecah pre-school..tapi tak de. Last2 ayah jumpa satu tempat depan je kem ayah..Kudos Music..tempat ni ajar budak2 main piano,tarian ballet, main music n art class...ayah nak masukkan ecah class ballet n piano tapi still tak cukup umur..minimum age 5 tahun..so org tu recommendkan masuk art class...so okey lah...dia suruh ayah hantar ecah hari sabtu 26hb/6 jam 10.30 pg untuk kelas percubaan...nak tengok ecah minat ke tak...ayah tak risau ecah minat ke tak,sbb ecah pun selalu je main water colour n crayon...cuma ayah risau ecah tak leh nak kena tinggal sorang2 kat dlm kelas..sbb ecah tak pernah pegi mana2 class or kinddie..

1st time masuk class tuh kelas percubaan ecah nampak excited je...ayah n mama ingat okey la...so ayah n mama tinggalkan ecah sorang2 dalam kelas n turun bawah kat kaunter utk buat registration n bayar monthly fee..RM35 per month...abis buat registration,ayah n mama naik balik tgk ecah hdah berlinang airmata..rugi ayah tak ambik gambar ecah masa tuh...teacher tu kata ecah takut..tak mau colour gambar...sian je ayah tgk...

ayah n mama dok dekat ecah dlm kelas tuh colour gambar tuh sama2...ecah suke je...n siap berlumba2 lagi ngan org sebelah...dalam kelas tuh semua budak cina...n yang peliknya ecah tau diorang tuh cina...sambil kaler2 tuh dok sibuk cakap "Ni Hao Kailan.." ulang2 kali...ehehehe..dekat jam 12tgh ecah dah siap kaler....bukan ecah kaler semua..mama n ayah tolong sikit...dah siap tuh bagi kat teacher n dia touch up sket2,buat border,buat rumput sket...nampak cantik dah...eheheheh

Sepanjang minggu lepas tu...mama n ayah dok sibuk pujuk ecah untuk g school utk next week...balik dari tu pun ayah banyak printkan drawing dari internet utk ecah colour kat umah..the following week tuh ecah pegi lagi...kali ni mama je yang tunggu ecah...ayah g servis kereta...mama kata mama dok jauh2 dari ecah..mama dok dekat pintu je...kali nih ecah kaler sorang2...mama kata ecah ikut je cakap teacher tuh...hmm...dah pandai dah anak ayah...mama kata dah dekat kul 12 tuh ecah dah malas...dah siap baring2 dah...mama tgk ecah dah boring,mama ajak ecah balik...ayah excited gak nak tgk gambar ecah colour utk minggu nih...tapi mama kata teacher tak bagi bawak balik sebab tak siap lagi...tinggal gambar monyet je tak siap lagi...tak pe la...next week bole sambung...

ayah cakap kat mama drawing2 ecah tuh simpan...nanti ayah gantungkan kat dinding...ehehehe...next week la ayah nak bawak ecah tgk kelas ballet tuh...ecah suke menari..sbb ecah suke sgt tgk cerita kartun Barbie...dalam kartun Barbie tuh banyak menari2...

ayah suke sangat bile ecah selalu cakap "thank you ayah/mama"..bile ayah or mama bagi something kat ecah...satu lagi ecah selalu cakap.."sorry ayah/mama"...kalau buat salah apa2..ehehe...best sgt dgr...

ayah ada upload video ecah tgh lukis gambar ayah,mama n ecah...lukis org lidi...ehehehe


http://www.youtube.com/watch?v=oU_dD705FFo